Sabtu, 28 Disember 2013

TIADA KATA UNTUK KU UNGKAP..


TARIKH: 27.12.2013 , 5.58 PETANG


Selasa, 24 Disember 2013

OMEGA GUARD


Salam..

Beberapa hari lagi Promosi SHAKLEE akan berakhir...
Promosi bulan nih...
OMEGA GUARD..

Secara mudahnya..kebagusan nih Omega ialah:

1. Mengurangkan Tahap Kolesterol
2.Mengurangkan lemak tepu kita (kekal kurus dan langsing)
3.Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan..
4. Menguatkan ingatan, bagus untuk minda
5. Bagus untuk jantung...

Sebenarnya daku mengamalkan Omega nih selepas hari raya hari tuh..
Bila check kolesterol ku di paras 5.6..
bila-bila masa bole naik lagi...
Memandangkan aku nih berbadan bam-bam...ahhahah
Jadi aku mula mengamalkannya...sebiji sehari..

Selepas kami terima berita BOSS tersayang..
Terkena serangan sakit jantung tempoh hari..
Dia seorang yang slim..sihat...kuat bersukan...
Sedih tengok dia sakit..dan kini dia sedang cuti sakit..
(we gonna miss u boss)

Bila dah mcm tuh aku lagilah bertambah sedar diri..
Memandangkan badanku ini bam-bam..
Potensi aku byk kolesterol lagi tinggi..

Dos sehari aku makan Omega..
2 biji sehari..
Dan baru-baru nih aku check (17.12.2013)..
Paras kolesterol aku turun kepada 3.92....
syukur...

Jadi kepada sesiapa yang berminat..
Daku merupakan SID yang sah... no. id: 950483 tau...
Harganyaaa...akan kuberikan harga terbaik k..

*yang bagus itu perlu kukongsikan bersama k...

Isnin, 16 Disember 2013

Berita Happy lagi...



Happy for u..

Salam..

Pagi-pagi lagi terima berita happy...
Ada teman opis bgtau yang dia mengandung.. katanya termengandung...ahakzz...lucu..
Masuk nih sudah beberapa orang mengandung..termengandung..

Aku tumpang gembira..
Tidak mau sudah..sedih2 nih..
Sebab aku tahu..Allah SWT sedang menguji aku..
Menguji kesabaran aku..

Aku yakin...
Satu hari nanti..
Berita happy ini jadi milik aku dan keluarga..

Tuhan sdh beri aku pelbagai rezeki tahun ini..
Rezeki yang tidak-tidak terduga..
Rezeki rumah siap dan masuk rumah tahun ini juga..renovation rumah sekali...
Rezeki dapat menghabiskan Diploma Pentadbiran Awam (UITM)
Rezeki makan angin..sana sini..
Rezeki dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012...
Rezeki dapat sambung study di UUM... (ijazah saja...)
dan yang penting..
Rezeki diberi kesihatan yang baik untuk kedua ibu bapa, suami dan anakku...

Moga rezeki anak di tahun hadapan pulak..
Amiiiinnnn....

Khamis, 12 Disember 2013

APC

Salam..

Rezeki dari Allah lagi...sebenarnya xsangka..sebab aku xtefikir pun mo dapat anugerah2 macam nih...
Buat kerja Lillahi Taala...lepas tuh buat kerja sebab takut boss marah..hahahhahah
Tapi Allah Maha mengetahui...
APC #2012

Rabu, 11 Disember 2013

Konvo abang


Salam...

Kini bercerita plak ttg abang kandungku..

Memandangkan ini bulan bulan konvo..abangku tidak ketinggalan meraikannya..
Habis sudah Master nya....Syukur..
Dengar cerita dari mum..abang mau sambung ke PHDnyaaa...(permohonannya pun tengah diproses)
Bestnyaaa...abang tidak putus asa untuk belajar...

Dia ialah idolaku...
Kami dua beradik nih...masa SPM..result tidaklah seGAH macam orang lain...result cukup-cukup makan saja...
Tapi bila diingatkan kembali rezeki kami bukan di SPM itu...abang terus belajar dan belajar untuk berjaya..
Menutup mulut orang-orang yang pernah merendah-rendahkan kami..
Kesabaran kami berbaloii..

*Love u abang..

(daku pun ingin sambung lagi...insyaAllah...pada Januari 2014 depan...)

mum n dad

siap-siap

budak comel

dia lagi..

berdua


peaceeee..

Selasa, 10 Disember 2013

Syukur.. Permohonanku diLULUSkan...

Salam...

Nih daku mau cerita pasal permohonan aku sambung study lagi..

Sebenarnya ini permohonan aku yang kedua...
Permohonan pertama di UMS tp aku tolak sebab lain yang aku apply lain plak yang ditawarkan...kerjaku kerani tp ditawarkan dalam bidang perbankkan...apa kaitannya yang oiii..
Sabar jaklah..

Ku cuba nasib lagi dengan apply ke UUM..syukur..permohonanku diterima dan akan mendaftar pada Januari 2014..Syukur ya Allah...dengan rezeki yang diberikan...
  
Masa mahu hantar permohonan.....Bismillah..
Permohonan diLULUSkan...Syukur

Namaku di nombor 2 itueewww.......




Mum..this is for u..

Salam....

Nih kisah masa di hotel.. Baru balik dari pulangkan semula jubah konvo..
ambik gambar studio terusss...
 
Balik jak ke hotel..bg tengok mama pic nih...

Renungan Mum amat sayu tika melihat gambar nih.....
 
Aku tahu perasaan mum.. yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dunia dan akhirat...

Cerita Lama... Konvo ku..


Salam..

Lama eh...x berkongsi cerita ttg kami..
Syukur ke hadrat Allah SWT..kerana memberikan keizinan dan dan rezeki kepada ku agar lulus dan menghabiskan Diploma Pentadbiran Awamku yang sudaaaaahhhh lama...dari tahun 2005 sehingga 2013 nih baru dapat aku habiskan diplomaku nih.. (malunyaaa..)

Aku tidak dapat menghabiskan diploma nih dengan segera kerana kekangan masa..kerja dan keluarga (bersalin, terpaksalah tangguh)
                                         menyebabkan aku tidak dapat habis dengan kadar segera...

Tapi syukur ya Allah kerana dengan izinmu aku berjaya menghabiskan diplomaku ini..

bertarikh 10.11.2013 sesi 3..akhirnya aku naik jua ke pentas itu..

Sambil-sambil tuh kami apa lagi..makan anginlaaaa...

nilah antara gambar yang ingin kukongsi..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...