Selasa, 31 Januari 2012

Rahsia Solat...

Salam....

Aku dah lama ingin tahu makna solat yang hari-hari kita lakukan sehari semalam....hari nih br aku ada masa utk surf internet..(apalah aku nih..tiada kesungguhan plak)

Ni yg ingin ku kongsi...

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,”Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini”.
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Ni laman webnya: http://myibrah.com/rahsia-solat#more-1176

Jumaat, 13 Januari 2012

SBPA..SBPA...

Salam,


SBPA ditangguhkan??hah???!!!kenapa???!!!!bengong2 sdh tunggang terbalik buat tp ditangguh???!!adoiiii....tp x apa..klu ditangguh kerana perlu ditambahbaik...xapa..aku suka...sabar jaklah...kerajaan tau apa mau bt kan????!!!


Berita lanjut seperti berikut....


Jumaat, 6 Januari 2012

Jangan Lupa!!

Salam...




Aku minat tgk Masterchef Malaysia..suka tgk cr Wahidan memasak...penuh dengan kesungguhan dan keyakinan...


2 hari lagi ada Santapan penamat...Ezani dan Wahidan akan memasak utk 40 org tetamu...

Good Luck anda berdua k...

Rabu, 4 Januari 2012

Mari Berkongsi Ilmu...


Salam..

Aku ada terbaca bahan ilmiah dalam 2,3 hari nih...tp xingat apa nama buku tuh..yang ku tau aku ada memfotostat bahan itu..mari berkongsi bersama denganku..

Ianya mengenai Kemuliaan seorang Ibu dalam Islam...

1. dua rakaat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada uratnya, Allah berinya satu pahala haji
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya, akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa
7. Kalau wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
8. seorang ibu yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit...dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
9. wanita yang tidak cukup tidurnya pada malam hari kerana menjaga anknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya..Allah beri kepadanya 12 tahun pahala ibadat...

Allahuakbar....Maha Suci Allah mengurniakan wanita semua ini...






Selasa, 3 Januari 2012

Selamat Tahun Baru...2012..

Salam..

Kepada semua rakan2 dan pembaca blogku yang xsepertinya ini....ku ucapkan selamat tahun baru...2012...

wahhhhhh...2011 habis sudaaaahhhh???huhuhu..kjpnya xrasa bah...hehheheh..

ku bersyukur kerana masih dipanjangkan usia utk berjuang mecari keredhaan Allah..keredhaan dunia dan akhirat...amiiiinn.

2011- banyak pahit manis yang telah kulalui....hanya doa dan kesabaran yang menjadi temanku sepanjang saat hidupku....

2012-moga tahun ini menjadi tahun yang lebih bererti dan bermakna kepada aku dan seluruh keluarga...amiiinnnn..begitu juga dengan rakan2 semua..jgn cepat berputus asa k...


Semoga Allah merestui kita semua...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...