Rabu, 4 Januari 2012

Mari Berkongsi Ilmu...


Salam..

Aku ada terbaca bahan ilmiah dalam 2,3 hari nih...tp xingat apa nama buku tuh..yang ku tau aku ada memfotostat bahan itu..mari berkongsi bersama denganku..

Ianya mengenai Kemuliaan seorang Ibu dalam Islam...

1. dua rakaat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada uratnya, Allah berinya satu pahala haji
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya, akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa
7. Kalau wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
8. seorang ibu yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit...dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
9. wanita yang tidak cukup tidurnya pada malam hari kerana menjaga anknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya..Allah beri kepadanya 12 tahun pahala ibadat...

Allahuakbar....Maha Suci Allah mengurniakan wanita semua ini...






Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...