Ahad, 20 Mac 2011

Botol susu bayi..



PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA

salam...

nih aku mo kongsi maklumat untuk semua rakyat Malaysia mengenai botol susu bayi..byk dah keluar dalam paper, kat tv cerita nih..tp still nk kongsi untuk peringatan bersama...


Pengharaman Penjualan Botol Susu Bayi Polikarbonat Yang Mengandungi Bisphenol A
(禁止售卖含有双酚A的聚碳酸酯制造之婴儿奶瓶)



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA





PENGHARAMAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A



Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).



Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.



Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.



Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.



Di samping itu, pemantauan secara berterusan oleh KKM mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji. Sehingga tahun 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh (7) kali ganda pada suhu 80ºC berbanding pada suhu bilik 25ºC.



Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.



KKM tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Pengharaman ini dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak sehingga terdapat maklumat yang kukuh berhubung keselamatan penggunaan BPA bagi botol susu bayi.



Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.



Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://www.moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.



DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

14 MAC 2011




Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT



a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

a.Nombor 7
b.Nombor 7 dan PC
c.Nombor 7 dan ‘other’


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.



b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1.Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.



2.Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.



3.Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.



4.Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.


Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Ahad, 13 Mac 2011

Tsunami Di Utara Jepun..

Salam..
Cerita terkini tentang Tsunami yang melanda Jepun..sedih tengok keadaan mereka...teruk jadinya kehidupan mereka..Kasihan...itulah cobaan mereka...

Bila melihat kejadian Tsunami tuh...ketakutan melanda diriku...keinsafan menyelubungi diri...almaklumlah...aku hamba yang masih belum banyak melakukan pahala dan melaksanakan segala kewajiban yang disuruh oleh Allah..Ya Allah...ampunilah dosa kami sekeluarga..

Daku menginsafi bila melihat antara kebesaran dariMu Ya Allah..

Betapa hancurnya Jepun... Subhanallah....







PETA tenaga oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan anggaran kekuatan tsunami di Kepulauan Pasifik berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda timur laut Jepun semalam. - Foto REUTERS

Khamis, 3 Mac 2011

Hubby..@ mr Abah...


Salam...


Br balik dari dating dengan abah...ada urusan di bandar tadi..nasib xsesak..


Bila dating berdua mcm nih..terasa plak mcm zaman bercinta..heehheheh..mana xnya..berjalan berdua jak..heheheh..


Jarang dapat jalan berdua gini sebab selalunya......mesti bawa Hazim n mama..


tapi bila time kja...jalan berdua gini..best plak..

i love u sayang..

Rabu, 2 Mac 2011

Rindu Ini...


Salam..


Kebelakangan nih..selalu saja aku sibuk dengan kerja-kerja di opis juga assignment kelas..

Adui...kadang-kadang mau saja aku 'angin' dengan orang sekeliling....


Tapi bila ingat ini adalah tanggungjawab yang Allah amanahkan kepadaku....ku biarkan saja dengan kerja-kerja itu..

Buat jelah..dah tanggungjawab bah..

hehehehhe...


Walau bz..mcm mana pun bila ku lihat wajah ini...sejuk hatiku..


adui..

anakku saya..


Muhammad Hazim Izzuddin...kaulah sayang bonda...








Letih..letih...

Salam..
KERJA...KERJA..KERJA..
Sampai bila-bila KERJA tidak pernah akan habis..
Tapi kekadang aku terfikir...
Mengapa seseorang itu mengutamakan kerja..sehingga berkata...KERJA ITU PENTING..UTAMAKAN TUGAS...SAMPAI MASA MAU TIDUR PUN INGAT KERJA..
Kenapa ada bos-bos...memaksa kita bekerja???lebih dari sepatutnya??
Sehinggakan waktu makan pun tidak dibenarkan turun ke kantin tuk makan...
Adui...kenapa begini jadinya..
Letih badan hanya tuk bekerja sahaja..
*kerja memang penting untuk dapat duit tapi....tanggung jawab kepada Tuhan, keluarga, ibu bapa dan masyarakat serta tanggungjawab kepada diri juga penting...
Ingat yaaaaaa......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...