Jumaat, 29 Julai 2011

Jalur Gemilang..

salam..


br berkesempatan mo berkarya lagi..hazim br tdo..setelah letih bermain dgn abah...abah pun join hazim..daku??belum lg..nilah peluang aku berkarya...bl lg..kan? sebenarnya aku kna siapkan assignment jg nih..cr bahan..online...tp dlm ms sama...hehehheheh..tgk bhn lain jg..hahahhaha..


nak cerita ttg anak teruna ku lagi...kan musim kibarkan Jalur Gemilang tgh rancak..apa lagi anakku yg br pandai membebel...support atok Najib ttg nih..hahhahaha..ATOK AJIB katanya...setiap iklan tv yg ada Jalur Gemilang mesti dia pun akan kelam kabut cr Jalur Gemilang.."ibu Flag udddddiiinnn"...


Bl kitaorg tgk Berita Tv1 ada pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang..apa lg..nilah gayanya..


enjoy k..






MERDEKA!!!MERDEKA!!MERDEKA!!


Rabu, 6 Julai 2011

Windu dgn anak-anak...

salam..



aku di opis nih duk kesejukan...aircon plak kuat 2, 3 hari nih hujan jak kk...huhuhuhu...almaklumlah...mak buyung d opisku nih ramai..jd aku yg blm buyung lg nih kna lah bertimbang rasa..hahahahahhah...xapa...



dalam bt kja nih..teringat plak aku dengan anakku n anak2 buahku...haziq dan fatin.....lm xjumpa..dorang dtg umah time aku p kja...bl aku blk kja..dorg sdh diambil oleh uminyaa..adusss...



windu sama kamu..kamu..dan kamu...




alamak umah bhambur...



di awal pg...mo p sekolah..

kaki..hazim..kaki abg haziq..kaki kakak fatin..


Selasa, 5 Julai 2011

Majlis Makan Beradat.....

Salam....

Uik...br ada peluang bw laptop p opis..br ada peluang on laptop..huhuhuh..best2...

Aku mau berkongsi...For the 1st time..ada majlis Makan Beradat suami bersama TYT...best jg..br tau mcm tuh plak majlis makan beradat..hehhhehe...xtau mo tulis apa... sbb pengalaman tu nak ku kongsi dgn semua melalui gambar2 nihhh..


k...enjoy k...











Isnin, 27 Jun 2011

Majlis Kenduri Doa selamat dan kesyukuran TYT Sabah...

Salam...



Nak kongsi cerita jak..bukan nak berlagak...



Pada 16.05.2011 hr tuh...TYT Sabah ada mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran kerana dikurniakan darjah kebesaran oleh Agong...dengan gelaran Tun...



Masa pagi tuh aku p kerja lagi..bl dalam jam 11 tuh hubby call...tengahari kna blk sbb ada jemputan dr TYT..so happy..ada peluang ke Istana Sabah. xtau nk pakai apa sbb x sangka pun ada majlis di waktu kerja...so blasah jelah...minta hubby blk umah dlu n ironkan bj...aku xdpt blk awal sbb terlalu banyak kerja..oleh itu redha jak bj apa hubby ironkan..hehehhehe..




but hubby tlh ironkan bj yang lebih kurang sama dengan dia..warna purple..hhehehhehe..oklah tuh...




so ni antara pic masa majlis tuh...















my baby xku bawa sbb time tuh mengamuk...masa tuk tdo dia...hehehehheheh

Jumaat, 24 Jun 2011

AKU KEMBALI...


Salam..

aduyai..lamanya xberkarya di dlm blogku ini..aduyai..bukan apa kawan-kawan...jadual ketatku menyebabkan aku sdh lama x melapor dlm blog..tp xapa..aku kembali...hehehhehehe...jd ada cerita menarikkah kawan-kawan sepanjang ketiadaanku ini??

kongsilah dgn daku k....

Ahad, 20 Mac 2011

Botol susu bayi..



PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA

salam...

nih aku mo kongsi maklumat untuk semua rakyat Malaysia mengenai botol susu bayi..byk dah keluar dalam paper, kat tv cerita nih..tp still nk kongsi untuk peringatan bersama...


Pengharaman Penjualan Botol Susu Bayi Polikarbonat Yang Mengandungi Bisphenol A
(禁止售卖含有双酚A的聚碳酸酯制造之婴儿奶瓶)



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA





PENGHARAMAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A



Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).



Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.



Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.



Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.



Di samping itu, pemantauan secara berterusan oleh KKM mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji. Sehingga tahun 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh (7) kali ganda pada suhu 80ºC berbanding pada suhu bilik 25ºC.



Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.



KKM tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Pengharaman ini dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak sehingga terdapat maklumat yang kukuh berhubung keselamatan penggunaan BPA bagi botol susu bayi.



Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.



Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://www.moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.



DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

14 MAC 2011




Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT



a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

a.Nombor 7
b.Nombor 7 dan PC
c.Nombor 7 dan ‘other’


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.



b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1.Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.



2.Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.



3.Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.



4.Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.


Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...